Bismillahirrahmanirrahim...
saya ingin bercerita tentang 1 perkara yg lazim dalam hidup kita, iaitu air mata.. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat kerana ianya melambangkna perasaan sedih dan dukacita. Abid yang mencintai Allah akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di akhirat kelak dan membayangkan azab Allah apabila menjelang kiamat.
Jenis-jenis kesedihan dan air mata
Di dalam al-Quran Allah SWT menyebutkan tentang tabiat ketawa dan menangis yang bermaksud: "Dan bahawasanya Dialah yg menjadikan org ketawa dan menangis." (An Najm : 43)
Ibnu Qayyim menghuraikan 10 jenis kesedihan yg sentiasa menghiasi tabiat menangis di kalangan manusia:
1) Menangis kerana kasih syg kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4)Menangis kerana gembira
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah
8) Menangis utk mndapat belas kasihan org
9) Menangis kerana mengikut-ikut org menangis
10) Menangis kerana org munafik-pura pura menangis
Jadi, Allah lah yg menciptakan ketawa dan menangis serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dari mengeluarkan air mata tanpa putus2. Sepertilah sungai yg mengalir ke laut tidak pernah berhenti, kalau lah air mata itu ditampung, banjirlah dunia ini... =)
Air mata yg tidak dituntut:
1) Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita, bukankah Allah yg telah menentukannya??
2) Janganlah menangis kerana menonton filem hindustan, bukan ke tu cume lakonan??
3) Janganlah menangis kerana cinta x berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yg telah Allah tetapkan...
4) Janganlah menangis kalau gagal dlm peperiksaan, mungkin kita kurang mmbuat persediaan..
5) Janganlah menangis kalau duit kita hilang, sbb mungkin kita kurg besedekah buat amalan..
6) Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, rezeki tu kan pemberian Allah..
Oleh itu, saya ingin berpesan kpd sahabat2 saya n diri saya sendiri, simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan utk menginsafi atas segala kecuaian diri sndiri dan segala dosa-dosa berupa bintik2 hitam yg telah menggelapkan hati sampai kita sukar menerima hidayah dari Allah SWT.. Serulah air mata itu di sebalik kelopak supaya menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa-dosa kita dan mendapat keampunan Allah SWT... Amin...
Rasulullah sallallahua'laihiwasallam bersabda:
"Jika kamu tahu apa yg aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.."
Wallahua'lam...

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMudah2an mata kita juga tergolong dlm golongn yg Allah sebutkn dlm ayatNya.. amin.. =)
ReplyDelete